Monday, June 23, 2008

Pokok Duit! Peluang Kepada Anak Melayu!

.

..

...

....

.....

......

HAH?? ape?? nak duit free?? Hah sini kau aku luku kepala kau!! Anak Melayu bodoh! Pemalas!! Kerja tak mau, nak duit senang2!!! Apeke ko ingat goyang2 kaki duit boleh bercambah macam tu??? Bodo ni. Sampai bila bangsa kita nak maju??

Multi level marketing la, pokok duit la, kenapa orang Melayu je yang banyak masuk?? Pasal ko pemalas, bodoh!!~ Buat kerja sambil lewa, kerja tak produktif, banyak main, kalau kerja habis pon takde kualiti, macam ni sampai bila2 pon Melayu akan mundur. Setakat duduk kedai kopi, cerita politik, tunjuk pandai, jaguh depan kawan2, ngko pandai la!! Depan bangsa kita, kaulah jaguh. Sesama kita, kaulah juara. Depan bangsa lain? Ceh. Ape ko ada?? Sampah. Baik yang tua, mahupun yang muda, semua sama jer!!

Kita tengok, terutamanya golongan-golongan pelajar seperti saya, terkejar-kejar bila terdengar program-program MLM, pokok duit dan pelbagai la nama yang mengelirukan untuk mendapat perhatian. Bila disogok dengan kemewahan, mulalah terliur. Ditayangnya kereta-kereta mewah kononnya hasil mereka yang berjaya, hah, mulalah nak ikut sama. Konon-kononnya kaulah remaja business-minded, kaulah jaguh berpandangan jauh. Rakan-rakan yang mengherdik kau semuanya kau anggap pitisan, berpemikiran rendah. Hei aku tanya kau, kau pergi melabur la sekarang dalam apa-apa skim yang ko agung-agungkan tu. Sehebat mana pun kau, paling2 pon ko dapat pulang modal je. Itu paling hebat. Kalau kurang hebat? Gigit jari je la kau. Duit PTPTN habis, hah, merempat makan Maggi. Mintak mak bapak duit. Orang bagi loan nak ringankan beban mak bapak, suruh ko belajar, ko pulak perabihkan duit tah ke mana. Dan ingin aku beritahu sekali lagi, kalau melabur tu, kau boleh dapatkan balik modal kau, atau sekurang-kurangnya sebahagian. Tapi ini?? Hahaha. Habuk la kau dapat kalau tak dapat apa-apa hasil. Bolehlah kau pakai produk kecantikan yang kau beli tu, dan minggu depan kau tayang kompleksiti jerawat pada muka engkau tu.

Beberapa perkara yang kau kene tau, hasil dari pemerhatian aku. Untuk berjaya dalam MLM ni, ko kene ada beberapa perkara.

Satu, ko kene pandai bercakap. Itu termasuk memutar-belitkan fakta, mengelak dari memberi fakta yang sebenar, dan meyakinkan si keparat-keparat di bawah kau yang bakal tertipu. Dan juga mempergunakan kawan sendiri untuk memastikan kedudukan kau yang kukuh di atas.

Dua, biasanya diorang akan bagitau, pendapatan bulanan ko sekian-sekian jika kau ada downline sebegini. Hah, ko cakap ngan dia, kepala bapak kau!! engkau kena tau, duit akan masuk hanya apabila ada orang masuk downline kau. Bukannya ada pendapatan bulanan. Ada masuk, adalah. Takde? Gigit jarilah. Kalau register masuk dah kene RM2000, hah, bila pulak ko nak pulang modal? Itu baru cerita pulang modal beb. Ini aku nampak perkara yang biasa dirahsiakan dan cuba dibelit2kan olen 'penceramah' yang cenderung menayangkan kenderaan mewahnya kepada bakal-bakal si bodoh yang akan tertipu (typical kan strategi diorang nie? "Lihatlah bukti kejayaan saya! Mahukah anda menjadi seperti saya??" Oh........ bangsat.)

Tiga, memang, memang ramai yang dah berjaya. Tetapi macamana kau mendefinisikan 'ramai' itu sendiri? Adakah 20 daripada 1000 orang ahli boleh dikatakan 'ramai'? Aku biarkan korang yang mentakrifkan sendiri. Kebanyakan mereka memang telah mempunyai kekayaan yang melimpah-ruah. Mereka mempunyai pelbagi network yang tak kesah setakat keluar duit 1,2 ribu untuk menjadi ahli dan membeli produk yang mereka sendiri tiada masa untuk guna. Dan, ada kemungkinan, merekalah pioneer, pengasas program itu. Disebabkan dia yang paling atas dan telah berjaya menipu ramai orang yang dahagakan duit, duduklah dia dengan bangganya bersama kereta besar dia. Tak pernah terpikir ke benda-benda ni sayang oi??

Terbaru, aku dengar tentang istilah 'pokok duit', 'derma sesama Islam'. What???? DERMA?? Ko nak mampus ape?? Istilah 'derma' tu cuma untuk mengaburkan mata dan pemikiran mereka yang sedia cetek tu. Kesal betul aku bila jumpa risalah sebegini orang sebarkan dalam surau. Aku sembahyang bukanlah cukup, yang seminggu sekali pon dah liat. Tapi, hum. Menggunakan nama Islam untuk mengelirukan orang? Sorry. Derma ni untuk orang yang memerlukan, yang tak cukup makan, bukan derma kepada orang yang tamak haloba, yang tau goyang kaki harapkan penyata banknya tiba-tiba melonjak sebanyak RM50,000 dalam satu malam. Apeke ko bodoh?? Ustaz ko tak pernah ajar ke? Kesian. Patut la ada pihak yang tergamak kata negara kita tiada unsur Islam. Dah engkau tidur dalam kelas tak dengar cikgu mengajar memang patut la engkau tu jahil!!

Aku tanya ko, bila ko masuk dalam program-program macam ni, ada betul ke niat ko nak menderma? Mesti kau mengharapkan balasan dari orang lain untuk memperabihkan duitnya untuk kau jugak kan?? Betulkan? Jauh di sudut hati kau mesti ada rasa tamak macam tu. Kalau nak menderma, silalah ke fakir miskin yang berdekatan ye. Itu baru amal namanya.

Cukuplah kawan-kawanku, tak perlulah terlompat-lompat bila nampak ada program-program menawarkan duit dalam sekelip mata ni. Tujuan aku menulis ni untuk kaum-kaum pelajar dan remaja macam aku. Yang memang dah kekayaan melimpah ruah tu lantak pi lah dia nak membazir. Rugi 2,3 ribu dia tak pandang pon. Belajar rajin-rajin, tuntut ilmu. Ilmu dan pengetahuan tulah yang akan mengangkat kita. Bukannya cara kau mendabik dada dan berkata-kata.

Blog ini bukan untuk mengajar. Tetapi sekadar untuk berkongsi dan mengingatkan sesama kita. Termasuk aku sendiri. Ya, aku pon bukan orang baik2. Tapi bila aku ternampak sesuatu yang menjengkelkan, aku akan cuba bersuara. Bila aku yang salah, tanggungjawab kawan2 dan orang sekeliling aku pula yang akan menegur aku. Kan itu cara kita?

Tiada pokok duit dalam dunia ini. Tiada istilah cepat kaya. Ubahlah bangsa kita. Generasi kita. Mentaliti kita sendiri. Dari duduk berangan menunggu kekayaan kepada bangsa yang kuat dan cekal menghadapi cabaran. Kuat berusaha, disusuli tawakal, insya-Allah, Tuhan akan beri kita kejayaan dan kesenangan. Kalaulah betul boleh buat duit cara senang, orang biijak pandai takkan susah-susah berniaga. Baik duduk rumah goyang kaki tengok penyata bank aje.